11. Mereka menyanyikan puji-pujian bagi TUHAN, dan mengulang-ulangi bahagian nyanyian yang terakhir, yang berbunyi demikian:“TUHAN itu baik, dan kasih-Nya kepada Israel kekal abadi.”Rakyat ikut bersorak dan memuji TUHAN kerana asas Rumah TUHAN telah diletakkan.
12. Banyak antara imam, orang Lewi dan ketua puak yang telah lanjut usia pernah melihat Rumah TUHAN yang dahulu. Apabila mereka melihat asas Rumah TUHAN yang ini diletakkan, mereka menangis dengan kuat. Tetapi orang lain yang hadir di sana bersorak-sorak kerana sukacita.
13. Oleh sebab itu suara sorakan sukacita tidak dapat dibezakan daripada suara tangisan; keriuhannya terdengar sampai jauh.