1. Banyak di kalangan orang buangan meninggalkan Babilonia lalu kembali ke Yehuda dan Yerusalem, masing-masing ke kotanya sendiri. Mereka telah tinggal dalam pembuangan di Babilonia sejak Raja Nebukadnezar membawa mereka ke sana sebagai orang tawanan.
2. Para pemimpin mereka ialah Zerubabel, Yesua, Nehemia, Seraya, Reelaya, Mordekhai, Bilsan, Mispar, Bigwai, Rehum, dan Baana.Inilah senarai orang Israel dengan jumlah orang daripada setiap puak yang kembali dari pembuangan:
3-20. Paros -- 2,172Sefaca -- 372Arah -- 775Pahat-Moab (keturunan Yesua dan Yoab) -- 2,812Elam -- 1,254Zatu -- 945Zakai -- 760Bani -- 642Bebai -- 623Azgad -- 1,222Adonikam -- 666Bigwai -- 2,056Adin -- 454Ater (juga disebut Hizkia) -- 98Bezai -- 323Yora -- 112Hasum -- 223Gibar -- 95
21-35. Orang yang nenek moyang mereka tinggal di kota berikut ini juga kembali dari pembuangan:Betlehem -- 123Netofa -- 56Anatot -- 128Asmawet -- 42Kiryat-Arim, Kefira, dan Beerot -- 743Rama dan Gaba -- 621Mikhmas -- 122Betel dan Ai -- 223Nebo -- 52Magbis -- 156Elam yang lain -- 1,254Harim -- 320Lod, Hadid, dan Ono -- 725Yerikho -- 345Senaa -- 3,630
36-39. Inilah senarai puak imam yang kembali dari pembuangan:Yedaya (keturunan Yesua) -- 973Imer -- 1,052Pasyhur -- 1,247Harim -- 1,017
40-42. Puak orang Lewi yang kembali dari pembuangan:Yesua dan Kadmiel (keturunan Hodawya) -- 74Para penyanyi di Rumah TUHAN (keturunan Asaf) -- 128Pengawal pintu gerbang Rumah TUHAN (keturunan Salum, Ater, Talmon, Akub, Hatita, dan Sobai) -- 139
43-54. Inilah senarai puak pekerja Rumah TUHAN yang kembali dari pembuangan:Ziha, Hasufa, Tabaot,Keros, Siaha, Padon,Lebana, Hagaba, Akub,Hagab, Samlai, Hanan,Gidel, Gahar, Reaya,Rezin, Nekoda, Gazam,Uza, Paseah, Besai,Asna, Meunim, Nefusim,Bakbuk, Hakufa, Harhur,Bazlut, Mehida, Harsa,Barkos, Sisera, Temah,Neziah, dan Hatifa.
55-57. Puak hamba Raja Salomo yang pulang dari pembuangan:Sotai, Soferet, Peruda,Yaala, Darkon, Gidel,Sefaca, Hatil, Pokheret-Hazebaim, dan Ami.
58. Jumlah keturunan pekerja Rumah TUHAN dan hamba Raja Salomo yang pulang dari pembuangan ialah 392 orang.
59-60. Semua orang yang berangkat dari kota Tel-Melah, Tel-Harsa, Kerub, Adan, dan Imer, berjumlah 652 orang. Mereka termasuk puak Delaya, Tobia dan Nekoda, tetapi mereka tidak dapat membuktikan bahawa mereka keturunan bangsa Israel.
61-62. Puak-puak imam yang berikut ini tidak dapat mencari catatan tentang nenek moyang mereka: Habaya, Hakos, dan Barzilai. (Nenek moyang Barzilai berkahwin dengan seorang perempuan keturunan puak Barzilai dari Gilead, dan kemudian menggunakan nama keluarga mentuanya.) Oleh sebab mereka tidak dapat membuktikan siapa nenek moyang mereka, maka mereka tidak diterima sebagai imam.