Ezra 10:13-15 Alkitab Berita Baik (BM)

13. Tetapi kata mereka lagi, “Perhimpunan ini terlalu besar, lagipun hujan lebat. Kami tidak tahan berdiri di tempat yang terbuka ini. Lagi pula, hal ini bukan perkara yang dapat diselesaikan dalam masa satu atau dua hari, oleh sebab banyak sekali di kalangan kami yang terlibat dalam dosa ini.

14. Benarkanlah para pemimpin kami tinggal di Yerusalem untuk menguruskan hal ini. Kemudian tiap-tiap orang yang mempunyai isteri berbangsa asing harus datang ke situ pada waktu yang ditetapkan, dan menghadap bersama dengan para pemimpin dan hakim kota masing-masing. Dengan cara itu Allah tidak akan murka lagi kepada kita kerana perkara itu.”

15. Tiada seorang pun membantah cadangan itu kecuali Yonatan anak Asael dan Yahzeya anak Tikwa. Mereka disokong oleh Mesulam dan Sabetai, seorang Lewi.

Ezra 10