Ester 9:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Kemudian tibalah hari ketiga belas bulan Adar, iaitu hari yang ditetapkan bagi pelaksanaan titah diraja itu. Itulah hari yang dinanti-nantikan oleh musuh orang Yahudi untuk menguasai bangsa itu. Tetapi sebaliknya, orang Yahudi pula yang mengalahkan mereka.

2. Di kawasan orang Yahudi di tiap-tiap kota, orang Yahudi berkumpul dan menyerang siapa sahaja yang cuba mencederakan mereka. Bangsa-bangsa di mana sahaja takut kepada mereka sehingga tidak seorang pun berani menentang mereka.

3. Bahkan semua pembesar wilayah - gabenor, pentadbir, dan wakil diraja - menyokong orang Yahudi kerana mereka takut kepada Mordekhai.

Ester 9