4. kerana hamba dan bangsa hamba sudah dijual untuk dibunuh. Jika hamba dan bangsa hamba hanya dijual untuk dijadikan abdi, hamba akan berdiam diri dan tidak mahu mengganggu tuanku. Tetapi kami akan dibinasakan dan dihapuskan dari muka bumi ini!”
5. Raja Ahasyweros bertanya kepada Permaisuri Ester, “Siapakah yang berani melakukan perkara itu? Di manakah orang itu?”
6. Ester menjawab, “Musuh dan penganiaya kami ialah Haman, orang yang jahat ini!”Haman memandang raja dan permaisuri dengan sangat ketakutan.
7. Raja sangat murka, lalu berdiri dan meninggalkan meja; raja terus ke luar, ke taman istana. Haman sedar bahawa raja sudah bertekad untuk menghukum dia kerana perbuatannya. Oleh itu, Haman tetap tinggal di situ bersama dengan Permaisuri Ester untuk memohon supaya diselamatkan.