22. Gabriel menerangkan, “Hai Daniel, aku datang untuk menolong engkau memahami nubuat itu.
23. Apabila engkau mula memohon kepada Allah, Dia menjawab permohonanmu. Aku datang menyampaikan jawapan itu kerana Dia sangat mengasihi engkau. Oleh itu dengarlah baik-baik sementara aku menerangkan makna penglihatan itu.
24. Tujuh kali tujuh puluh tahun ialah jangka masa yang telah ditentukan Allah untuk membebaskan bangsamu dan kotamu yang suci itu daripada dosa dan kejahatan. Dosa akan diampunkan dan keadilan yang kekal akan ditegakkan, agar penglihatan dan nubuat itu menjadi kenyataan, dan agar Rumah TUHAN yang suci ditahbiskan semula.