9. Oleh itu biarlah tuanku mengeluarkan perintah itu serta menandatanganinya. Biarlah perintah itu menjadi undang-undang Media dan Persia yang tidak boleh diubah lagi.”
10. Demikianlah Raja Darius menandatangani perintah itu.
11. Apabila Daniel mengetahui bahawa perintah itu sudah ditandatangani, dia pulang ke rumah. Di bilik pada tingkat atas rumahnya ada beberapa buah tingkap yang menghadap Yerusalem. Seperti biasanya, Daniel berlutut di hadapan tingkap-tingkap yang terbuka itu, lalu berdoa kepada Allah tiga kali sehari.
12. Apabila musuh-musuh Daniel nampak dia berdoa kepada Allah,