1. Pada suatu masa Raja Nebukadnezar mendirikan sebuah patung daripada emas: tingginya 27 meter dan lebarnya hampir 3 meter. Baginda mendirikan patung itu di dataran Dura di wilayah Babel.
2. Kemudian raja memerintahkan semua pegawainya berkumpul - para raja wilayah, gabenor, ketua daerah, penasihat negara, bendahara, hakim, majistret, dan semua pegawai daerah. Mereka diwajibkan hadir pada upacara perasmian patung yang telah didirikan oleh Raja Nebukadnezar.
3. Ketika mereka semua berkumpul untuk upacara perasmian dan berdiri di hadapan patung itu,
4. terdengarlah seorang bentara mengumumkan dengan suara yang lantang, “Hai orang daripada semua bangsa, kaum, dan bahasa, dengarlah titah raja ini:
5. Kamu akan mendengar bunyi trompet, diikuti oleh permainan seruling, rebab, gambus, kecapi, dan alat-alat muzik yang lain. Sebaik sahaja muzik bermula, hendaklah kamu sujud dan menyembah patung emas yang telah didirikan oleh Raja Nebukadnezar.
6. Sesiapa yang tidak sujud dan menyembahnya akan segera dilemparkan ke dalam relau yang bernyala-nyala.”
7. Oleh itu, sebaik sahaja mereka mendengar bunyi alat-alat muzik itu, orang daripada semua bangsa, kaum, dan bahasa sujud serta menyembah patung emas yang didirikan oleh Raja Nebukadnezar.