Daniel 2:1-8 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Pada tahun kedua pemerintahannya, Raja Nebukadnezar bermimpi. Raja sangat khuatir tentang mimpinya itu sehingga tidak dapat beradu.

2. Oleh itu raja memanggil semua penilik, ahli sihir, bomoh, dan orang berilmu untuk mentafsirkan mimpinya itu. Ketika semua orang itu menghadap,

3. raja bertitah kepada mereka, “Beta bermimpi, dan beta gelisah kerana beta hendak tahu erti mimpi itu.”

4. Mereka menjawab dalam bahasa Aram: “Daulat tuanku! Ceritakanlah mimpi tuanku, dan kami akan mentafsirkannya bagi tuanku.”

5. Raja bertitah, “Beta telah mengambil keputusan ini. Kamu harus menyatakan mimpi itu dengan tafsirannya kepada beta. Jika kamu gagal, kamu akan dipotong-potong dan rumah kamu dirobohkan dan dijadikan timbunan puing.

6. Tetapi jika kamu berjaya memberitahu beta mimpi itu serta tafsirannya, beta akan mengurniakan hadiah yang istimewa dan kehormatan yang besar kepada kamu. Sekarang beritahukan mimpi beta itu dan tafsirannya.”

7. Mereka menjawab lagi, “Jika tuanku menceritakan mimpi itu kepada kami, barulah kami dapat mentafsirkannya.”

8. Raja bertitah, “Tepat sekali sangkaan beta! Kamu hanya mahu melengah-lengahkan masa, kerana kamu tahu bahawa beta telah bertekad

Daniel 2