Daniel 12:8-10 Alkitab Berita Baik (BM)

8. Aku mendengar kata-katanya, tetapi aku tidak memahaminya. Oleh itu aku bertanya, “Tetapi, tuan, bagaimanakah kesudahannya kelak?”

9. Dia menjawab, “Hai Daniel, engkau harus pergi sekarang, kerana kata-kata itu mesti dirahsiakan sehingga akhir zaman.

10. Banyak orang akan diuji dan dimurnikan. Orang jahat tidak akan mengerti; mereka akan meneruskan kejahatan mereka. Hanya orang bijaksana akan mengerti.

Daniel 12