1. Pada tahun ketiga pemerintahan Raja Kores sebagai raja Persia, suatu perkhabaran telah dinyatakan kepada Daniel yang juga dipanggil Beltsazar. Perkhabaran itu benar tetapi sangat susah difahami. Perkhabaran itu diterangkan kepada Daniel dalam satu penglihatan.
2. Ketika itu aku sedang berkabung selama tiga minggu.
3. Selama tempoh itu, aku tidak makan makanan lazat ataupun daging; aku tidak minum wain ataupun menyikat rambutku.
4. Pada hari kedua puluh empat bulan pertama tahun itu, aku berdiri di tebing Sungai Tigris yang besar itu.
5. Aku menengadah lalu nampak seorang yang memakai pakaian linen dan ikat pinggang yang dibuat daripada emas tulen.
6. Badannya bersinar-sinar seperti batu permata; mukanya seterang kilat, dan matanya menyala-nyala seperti api. Tangan dan kakinya berkilau seperti gangsa yang baru digilap, dan suaranya seperti riuh orang ramai.
20-21. Katanya lagi, “Tahukah engkau mengapa aku datang kepadamu? Aku datang untuk menyatakan kandungan Kitab Kebenaran kepada engkau. Sekarang aku mesti pulang dan melawan malaikat pelindung Persia. Selepas itu malaikat pelindung kerajaan Yunani pula akan muncul, dan tiada sesiapa akan menolong aku kecuali Mikhael, malaikat pelindung Israel.