1. TUHAN berfirman kepada Musa di Gurun Sinai pada bulan pertama, dalam tahun kedua selepas umat Israel meninggalkan Mesir. TUHAN berfirman,
10. memberitahu umat Israel, “Apabila ada seseorang di kalangan kamu atau keturunan kamu yang najis kerana menyentuh mayat, atau dalam perjalanan jauh, tetapi masih mahu merayakan Paska,
11. dia boleh merayakannya satu bulan kemudian, pada waktu senja hari keempat belas bulan kedua. Dia harus merayakannya dengan memakan domba Paska dan roti tanpa ragi serta sayuran pahit.
12. Dia tidak boleh meninggalkan sisa makanan itu sehingga keesokan pagi, dan dia tidak boleh mematahkan satu tulang pun daripada binatang itu. Dia harus merayakan Paska menurut semua peraturannya.
13. Seseorang yang tidak najis dan bukan dalam perjalanan jauh, tetapi tidak merayakan Paska, tidak lagi dianggap anggota umat-Ku kerana dia tidak mempersembahkan korban kepada-Ku pada waktu yang ditetapkan. Dia mesti menanggung akibat dosanya.
14. Jika ada seorang asing yang tinggal di kalangan kamu yang mahu merayakan Paska, dia harus merayakannya menurut semua peraturan. Hukum yang sama berlaku bagi setiap orang, baik orang Israel mahupun orang asing.”
15-16. Pada hari Khemah TUHAN dipasang, awan datang menutupi Khemah itu. Pada waktu malam awan itu kelihatan seperti api.