Bilangan 8:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)

1. TUHAN berfirman kepada Musa,

2. “Beritahulah Harun bahawa apabila dia meletakkan tujuh buah pelita pada kaki pelita, cahaya pelita-pelita harus memancar ke bahagian depan kaki pelita.”

3. Harun mematuhi perintah itu. Dia meletakkan pelita-pelita menghadap bahagian depan kaki pelita.

4. Kaki pelita itu dibuat daripada emas tempaan, dari alasnya sampai ke bunga-bunga hiasan yang di atas, menurut contoh yang ditunjukkan TUHAN kepada Musa.

Bilangan 8