3. dia tidak boleh minum wain dan minuman keras. Dia tidak boleh minum minuman apa pun yang dibuat daripada buah anggur, dan tidak boleh makan buah anggur segar ataupun kismis.
4. Selama dia orang Nazir, dia tidak boleh makan apa pun yang berasal daripada pokok anggur, sama ada biji ataupun kulit buah anggur.
5. Selama dia orang Nazir, dia tidak boleh menggunting rambutnya ataupun bercukur. Dia terikat oleh nazarnya sampai selesai masa dia mengekhaskan diri bagi TUHAN. Oleh itu dia mesti membiarkan rambut dan janggutnya tumbuh panjang.
8. Selama dia orang Nazir, dia adalah orang yang khas untuk TUHAN.
9. Jika rambut orang Nazir menjadi najis kerana dia di sisi seorang yang tiba-tiba meninggal, orang Nazir itu harus menunggu selama tujuh hari, lalu mencukur rambut dan janggutnya. Dengan demikian dia menjadi suci.
10. Pada hari kelapan, dia harus membawa dua ekor burung tekukur atau dua ekor burung merpati kepada imam di pintu Khemah TUHAN.
11. Imam itu akan mempersembahkan seekor burung sebagai korban untuk mengampunkan dosa, dan seekor lagi sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN. Imam akan melakukan upacara penyucian untuk orang itu kerana dia telah menghampiri mayat. Pada hari itu juga, orang itu harus mengekhaskan rambutnya semula kepada TUHAN,
12. dan membaharui nazarnya kepada TUHAN sebagai orang Nazir selama masa yang ditentukan. Jangka waktu yang lampau itu tidak dihitung lagi kerana rambutnya yang sudah dikhaskan telah menjadi najis. Sebagai korban untuk membayar ganti rugi, orang itu harus mempersembahkan seekor anak domba yang berumur satu tahun.
13. Apabila seorang Nazir menyelesaikan nazarnya, dia harus melakukan upacara yang berikut. Dia harus pergi ke pintu Khemah TUHAN