Bilangan 5:7-25 Alkitab Berita Baik (BM)

7. orang itu mesti mengaku dosanya dan membayar ganti rugi penuh, ditambah dengan dua puluh peratus, kepada orang yang dirugikan itu.

8. Tetapi jika orang yang dirugikan itu sudah meninggal dan tidak mempunyai saudara dekat yang boleh menerima bayaran ganti rugi, bayaran itu harus diberikan kepada TUHAN dan menjadi milik imam. Pembayaran ganti rugi itu adalah tambahan kepada domba jantan yang biasa diberikan untuk upacara penyucian bagi orang yang bersalah.

9. Demikian juga halnya dengan setiap sumbangan khas yang dipersembahkan oleh umat Israel kepada TUHAN; sumbangan itu menjadi milik imam yang menerimanya.

10. Apa yang dipersembahkan seseorang kepada TUHAN, menjadi milik orang itu sendiri. Hanya apa yang diserahkannya kepada seorang imam, menjadi milik imam itu.

11. TUHAN memerintah Musa

15. Dalam kedua-dua hal itu, suami harus membawa isterinya kepada imam. Suami itu harus membawa persembahan yang ditetapkan: satu kilogram tepung barli, tetapi tidak dicampuri minyak zaitun ataupun kemenyan kerana persembahan itu daripada suami yang curiga, dan diberikan untuk menyatakan hal yang sebenar.

16. Imam akan menyuruh perempuan itu maju dan berdiri di hadapan mazbah.

17. Imam akan menuang air suci ke dalam sebuah mangkuk tembikar, lalu memasukkan sedikit tanah dari lantai Khemah TUHAN ke dalam mangkuk itu untuk membuat airnya pahit.

18. Kemudian imam menguraikan rambut perempuan itu, lalu meletakkan persembahan tepung ke dalam tangan perempuan itu. Imam akan memegang mangkuk yang berisi air pahit yang mendatangkan kutuk.

19. Kemudian imam akan mengucapkan sumpah dan menyuruh perempuan itu menyetujuinya. Imam akan berkata, “Jika engkau tidak berzina, engkau tidak akan kena kutuk yang didatangkan air ini.

20. Tetapi jika engkau sudah berzina,

21. biarlah TUHAN menjadikan namamu suatu kutuk antara bangsamu. Kemaluanmu akan mengecut dan perutmu mengembung.

22. Air yang mendatangkan kutuk ini akan masuk ke dalam perutmu, dan menjadikannya kembung serta mengecutkan kemaluanmu.”Perempuan itu harus menjawab, “Saya setuju, biarlah TUHAN berbuat begitu.”

23. Selepas itu imam harus menuliskan kutuk itu lalu memadamkannya dengan air pahit di dalam mangkuk itu.

24. Sebelum imam menyuruh perempuan itu minum air yang akan mendatangkan rasa sakit,

25. imam harus mengambil persembahan tepung dari tangan perempuan itu, lalu mengunjukkannya untuk dipersembahkan kepada TUHAN, kemudian meletakkannya di atas mazbah.

Bilangan 5