Bilangan 5:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)

1. TUHAN berfirman kepada Musa,

2. “Perintahlah umat Israel untuk mengeluarkan semua orang berikut dari perkhemahan: setiap orang yang menghidap penyakit kulit yang mengerikan, atau penyakit kelamin, dan juga setiap orang yang najis kerana menyentuh mayat.

3. Suruhlah semua orang yang najis keluar supaya mereka tidak menajiskan perkhemahan, tempat Aku tinggal bersama-sama umat-Ku.”

4. Umat Israel menjalankan perintah itu, lalu mengeluarkan semua orang seperti itu dari perkhemahan.

5. TUHAN memberi Musa

6. peraturan berikut untuk umat Israel. Apabila seseorang tidak setia kepada TUHAN dan berbuat salah terhadap orang lain,

12-14. untuk memberikan peraturan ini kepada umat Israel. Mungkin seorang lelaki mencurigai isterinya; suami itu menyangka bahawa isterinya tidak setia kepadanya dan isterinya mencemarkan diri kerana bersetubuh dengan lelaki lain. Tetapi suami itu tidak pasti kerana perbuatan itu dilakukan dengan sembunyi-sembunyi dan tidak ada saksi, dan isterinya tidak tertangkap basah; atau mungkin seorang suami curiga, walaupun isterinya tetap setia kepadanya.

29-30. Itulah peraturannya apabila seorang lelaki cemburu dan curiga bahawa isterinya sudah berzina. Perempuan itu harus disuruh berdiri di hadapan mazbah dan imam harus melakukan upacara itu.

Bilangan 5