Bilangan 4:19-24 Alkitab Berita Baik (BM)

19. kerana menghampiri benda-benda yang sangat suci itu. Untuk mengelakkan hal ini berlaku, Harun dan anak-anak lelakinya harus masuk ke dalam Khemah TUHAN dan menentukan tugas tiap-tiap orang, dan juga benda yang harus dibawa oleh setiap orang.

20. Tetapi jika orang daripada puak Kehat masuk ke dalam Khemah TUHAN dan melihat para imam menyiapkan benda-benda suci untuk dipindahkan, mereka akan mati.”

21. TUHAN menyuruh Musa

22. membanci puak Gerson daripada suku Lewi, menurut puak kecil dan keluarga masing-masing.

23. Musa juga disuruh mendaftarkan semua orang lelaki yang berumur di antara 30 dan 50 tahun, yang layak bekerja di Khemah TUHAN.

24. Mereka bertanggungjawab membawa benda-benda berikut:

Bilangan 4