Bilangan 36:4-13 Alkitab Berita Baik (BM)

4. Pada Tahun Pengembalian, pada masa seluruh harta milik yang telah dijual dikembalikan kepada pemilik yang mula-mula, tanah warisan anak-anak perempuan Zelafehad itu akan menjadi pusaka suku orang yang dikahwini mereka. Dengan demikian suku kami akan kehilangan tanah itu.”

5. Oleh itu Musa memberi umat Israel perintah TUHAN ini. Musa berkata, “Apa yang dikatakan oleh suku Manasye itu memang benar.

6. Inilah perintah TUHAN: Anak-anak perempuan Zelafehad berhak berkahwin dengan sesiapa pun, asal orang yang dikahwini itu daripada suku mereka sendiri.

7. Warisan tiap-tiap orang Israel akan tetap menjadi warisan sukunya.

8. Tiap-tiap perempuan yang sudah menerima warisan daripada sukunya, mesti berkahwin dengan lelaki daripada sukunya sendiri. Dengan jalan ini, tiap-tiap orang Israel akan mewarisi tanah pusaka nenek moyangnya,

9. dan pusaka itu tidak akan beralih dari satu suku ke suku yang lain. Tiap-tiap suku akan terus memiliki tanah pusakanya sendiri.”

12. Mereka berkahwin dengan orang daripada puak-puak suku Manasye anak Yusuf. Dengan itu, tanah pusaka mereka tetap dimiliki suku bapa mereka.

13. Itulah semua ketetapan dan peraturan yang diberikan TUHAN kepada umat Israel melalui Musa, semasa mereka di dataran Moab, di seberang Sungai Yordan, bertentangan dengan kota Yerikho.

Bilangan 36