Bilangan 36:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Ketua-ketua keluarga puak Gilead anak Makhir, iaitu cucu Manasye anak Yusuf, menghadap Musa dan pemimpin-pemimpin yang lain.

2. Mereka berkata, “TUHAN sudah memerintah tuan membahagikan tanah Kanaan kepada umat Israel dengan membuang undi. TUHAN sudah memerintahkan juga supaya tuan memberikan warisan Zelafehad, saudara kami, kepada anak-anak perempuannya.

3. Tetapi ingatlah, jika anak-anak perempuannya itu berkahwin dengan lelaki daripada suku lain, warisan mereka akan dimiliki suku lain. Oleh yang demikian, kuranglah tanah wilayah yang ditentukan bagi kami.

4. Pada Tahun Pengembalian, pada masa seluruh harta milik yang telah dijual dikembalikan kepada pemilik yang mula-mula, tanah warisan anak-anak perempuan Zelafehad itu akan menjadi pusaka suku orang yang dikahwini mereka. Dengan demikian suku kami akan kehilangan tanah itu.”

10-11. Oleh itu anak-anak perempuan Zelafehad iaitu Mahla, Tirza, Hogla, Milka, dan Noa pun melakukan apa yang diperintahkan TUHAN kepada Musa. Mereka berkahwin dengan saudara sepupu mereka sendiri.

Bilangan 36