Bilangan 35:26-29 Alkitab Berita Baik (BM)

26. Jika orang itu meninggalkan kota perlindungan, tempat dia melarikan diri,

27. dan jika dia ditemui dan dibunuh sanak saudara orang yang sudah mati, pembalasan itu bukanlah pembunuhan.

28. Orang yang didakwa itu mesti tinggal di dalam kota perlindungan sehingga Imam Agung meninggal, barulah dia boleh pulang ke rumahnya.

29. Peraturan-peraturan ini berlaku bagi kamu dan keturunan kamu di mana sahaja kamu tinggal.

Bilangan 35