Bilangan 33:41-49-56 Alkitab Berita Baik (BM)

5. Umat Israel berangkat dari Rameses lalu berkhemah di Sukot.

6. Mereka berangkat lagi lalu berkhemah di Etam, di pinggir kawasan gurun.

7. Dari sana, mereka kembali ke Pi-Hahirot, di sebelah timur Baal-Zefon, lalu berkhemah dekat Migdol.

8. Dari Pi-Hahirot mereka menyeberangi Laut Gelagah lalu masuk ke kawasan gurun Etam. Selepas tiga hari perjalanan, mereka berkhemah di Mara.

9. Dari sana mereka berangkat lalu berkhemah di Elim; di situ ada dua belas mata air dan tujuh puluh pokok kurma.

41-49. Inilah tempat-tempat perkhemahan umat Israel dalam perjalanan dari Gunung Hor sampai ke dataran tanah Moab: Zalmona, Funon, Obot, reruntuhan Abarim di kawasan Moab, Dibon-Gad, Almon-Diblataim, Pergunungan Abarim dekat Gunung Nebo dan di dataran tanah Moab di pinggir Sungai Yordan, bertentangan dengan kota Yerikho, di antara Bet-Yesimot dan Lembah Sitim.

50. Di dataran Moab, di pinggir Sungai Yordan, bertentangan dengan kota Yerikho, TUHAN memberi Musa

51. petunjuk-petunjuk ini bagi umat Israel, “Apabila kamu menyeberangi Sungai Yordan dan pergi ke tanah Kanaan,

52. usirlah semua penduduk tanah itu. Musnahkanlah semua berhala mereka yang dibuat daripada batu dan logam; musnahkanlah juga tempat-tempat pemujaan mereka.

53. Dudukilah tanah itu dan tinggallah di situ kerana Aku memberikannya kepada kamu.

54. Kemudian bahagikanlah tanahnya kepada suku-suku kamu dengan membuang undi: bahagian yang besar untuk suku yang besar, dan bahagian yang kecil untuk suku yang kecil.

55. Tetapi jika kamu tidak mengusir penduduk tanah itu, orang yang tetap tinggal di situ akan menyusahkan kamu seperti selumbar di dalam mata kamu dan duri di rusuk kamu. Kemudian mereka akan melawan kamu.

56. Jika kamu tidak mengusir mereka, Aku akan membinasakan kamu seperti yang Aku cadangkan terhadap mereka.”

Bilangan 33