Bilangan 33:2-5 Alkitab Berita Baik (BM)

2. TUHAN memerintahkan Musa menulis nama tiap-tiap tempat mereka berkhemah.

3. Umat Israel meninggalkan Mesir pada hari kelima belas bulan pertama, sehari selepas Paska yang pertama. Di bawah perlindungan TUHAN, umat Israel dengan penuh keyakinan meninggalkan kota Rameses sambil disaksikan oleh orang Mesir,

4. yang ketika itu sedang menguburkan anak-anak lelaki sulung mereka yang dibunuh oleh TUHAN. Demikianlah TUHAN menunjukkan bahawa Dia lebih berkuasa daripada tuhan-tuhan orang Mesir.

5. Umat Israel berangkat dari Rameses lalu berkhemah di Sukot.

38-39. Imam Harun naik ke Gunung Hor menurut perintah TUHAN. Di situ Harun meninggal ketika berumur 123 tahun, pada hari pertama bulan kelima, tahun yang keempat puluh setelah umat Israel meninggalkan Mesir.

41-49. Inilah tempat-tempat perkhemahan umat Israel dalam perjalanan dari Gunung Hor sampai ke dataran tanah Moab: Zalmona, Funon, Obot, reruntuhan Abarim di kawasan Moab, Dibon-Gad, Almon-Diblataim, Pergunungan Abarim dekat Gunung Nebo dan di dataran tanah Moab di pinggir Sungai Yordan, bertentangan dengan kota Yerikho, di antara Bet-Yesimot dan Lembah Sitim.

Bilangan 33