1. Suku Ruben dan suku Gad mempunyai sangat banyak ternakan. Apabila mereka melihat betapa baiknya tanah Yaezer dan Gilead untuk penternakan,
2. mereka pergi menghadap Musa, Eleazar, dan para pemimpin Israel yang lain. Suku Ruben dan suku Gad berkata,
5. berikanlah tanah itu kepada kami sebagai milik kami. Janganlah suruh kami menyeberang Sungai Yordan dan tinggal di sana.”
6. Musa menjawab, “Adakah kamu mahu tinggal di sini, sedangkan orang sebangsa kamu pergi berperang?
7. Mengapa kamu menawarkan hati orang Israel untuk menyeberang Sungai Yordan dan pergi ke tanah yang diberikan TUHAN kepada mereka?
8. Itulah perkara yang dibuat oleh bapa-bapa kamu di Kades-Barnea ketika aku menyuruh mereka pergi mengintip tanah itu.
9. Mereka pergi sampai ke Lembah Eskol lalu nampak tanah itu. Tetapi apabila mereka kembali, mereka menawarkan hati orang Israel, sehingga orang Israel takut pergi ke tanah yang diberikan TUHAN kepada mereka.
10. Pada hari itu TUHAN murka lalu berfirman,
11. ‘Umat itu tidak setia kepada-Ku. Oleh itu Aku bersumpah bahawa tiada seorang pun yang keluar dari Mesir, yang berumur dua puluh tahun ke atas akan pergi ke negeri yang Aku janjikan kepada Abraham, Ishak, dan Yakub.’
12. Semua orang kena hukuman itu kecuali Kaleb anak Yefune orang Kenas itu dan Yosua anak Nun, kerana mereka berdua setia kepada TUHAN.
13. TUHAN murka terhadap umat Israel dan membuat mereka mengembara di padang gurun selama empat puluh tahun, sehingga segenap keturunan yang memberontak terhadap TUHAN sudah meninggal.
14. Sekarang kamu pula menjadi seperti bapa-bapa kamu, satu lagi generasi orang yang berdosa. Kamu mendatangkan lagi kemurkaan TUHAN kepada Israel.
15. Jika kamu, suku Ruben dan suku Gad tidak setia kepada TUHAN sekarang, sekali lagi TUHAN akan meninggalkan umat Israel di padang gurun ini, dan kamulah yang menyebabkan kebinasaan mereka.”
16. Suku Ruben dan suku Gad menghadap Musa dan berkata, “Mula-mula benarkanlah kami membina kandang bertembok batu untuk domba kami dan kota bertembok untuk anak isteri kami.