Bilangan 31:7-16 Alkitab Berita Baik (BM)

7. Orang Israel menyerang orang Midian, sebagaimana yang diperintahkan TUHAN kepada Musa. Mereka membunuh semua orang lelaki Midian,

8. termasuk lima orang raja Midian: Ewi, Rekem, Zur, Hur, dan Reba. Mereka juga membunuh Bileam anak Beor.

9. Orang Israel menawan semua orang perempuan dan anak orang Midian, merampas ternakan lembu dan domba, serta segala kekayaan orang Midian.

10. Mereka juga membakar kota-kota serta perkhemahan-perkhemahan orang Midian.

11. Kemudian orang Israel mengambil segala barang rampasan itu, termasuk orang tawanan dan ternakan.

12. Mereka membawa semuanya kepada Musa, Eleazar, dan umat Israel yang sedang berkhemah di dataran Moab, di seberang Sungai Yordan, bertentangan dengan kota Yerikho.

13. Kemudian Musa, Imam Eleazar, dan semua pemimpin umat Israel pergi ke luar perkhemahan untuk menyambut tentera Israel.

14. Musa marah terhadap para ketua askar dan komandan pasukan yang baru kembali dari pertempuran.

15. Dia bertanya kepada mereka, “Mengapakah kamu tidak membunuh semua perempuan ini?

16. Ingatlah bahawa kaum perempuanlah yang mengikut nasihat Bileam, sehingga menyebabkan orang Israel tidak taat kepada TUHAN di Peor. Hal itulah yang mendatangkan wabak kepada umat TUHAN.

Bilangan 31