1. TUHAN berfirman kepada Musa,
2. “Balaslah kejahatan orang Midian terhadap umat Israel. Selepas itu engkau akan meninggal.”
3. Kemudian Musa berkata kepada umat Israel, “Bersedialah untuk berperang. Seranglah orang Midian dan balaslah kejahatan mereka terhadap TUHAN.
4. Tiap-tiap suku Israel harus menghantarkan seribu orang askar untuk maju berperang.”
5. Maka seribu orang dipilih daripada tiap-tiap suku Israel, sehingga orang yang bersedia untuk berperang berjumlah 12,000 orang.
6. Musa memerintahkan mereka pergi berperang di bawah arahan Pinehas anak Imam Eleazar. Pinehas membawa benda-benda dari Khemah TUHAN dan trompet-trompet untuk memberikan isyarat.
7. Orang Israel menyerang orang Midian, sebagaimana yang diperintahkan TUHAN kepada Musa. Mereka membunuh semua orang lelaki Midian,
8. termasuk lima orang raja Midian: Ewi, Rekem, Zur, Hur, dan Reba. Mereka juga membunuh Bileam anak Beor.
22-23. Segala sesuatu yang tahan api, seperti emas, perak, gangsa, besi, timah putih, atau timah hitam, mesti disucikan dengan melalukannya dalam api. Semua benda lain yang tidak tahan api harus disucikan dengan air upacara penyucian.
32-35. Inilah yang dirampas askar-askar itu, selain jarahan yang disimpan oleh mereka sendiri: 675,000 ekor domba dan kambing, 72,000 ekor lembu, 61,000 ekor keldai, dan 32,000 orang anak dara.
36-40. Separuh daripada jumlah itu diberikan kepada askar-askar dengan perincian berikut: 337,500 ekor domba dan kambing, dan daripada jumlah itu yang diambil sebagai sumbangan khas untuk TUHAN adalah 675 ekor; 36,000 ekor lembu, dan daripada jumlah itu 72 ekor diambil sebagai sumbangan khas untuk TUHAN; 30,500 ekor keldai, dan daripada jumlah itu 61 ekor diambil sebagai sumbangan khas untuk TUHAN; 16,000 orang anak dara, dan daripada jumlah itu 32 orang diambil sebagai sumbangan khas untuk TUHAN.
42-46. Bahagian untuk orang Israel lain sama banyaknya dengan bahagian untuk askar: 337,500 ekor domba dan kambing, 36,000 ekor lembu, 30,500 ekor keldai, dan 16,000 orang anak dara.