2. Apabila seorang lelaki bernazar untuk memberikan sesuatu kepada TUHAN ataupun bersumpah tidak akan melakukan sesuatu perkara, dia tidak boleh memungkiri janjinya. Dia harus melakukan segala yang dikatakannya.
3. Apabila seorang gadis yang masih tinggal dengan bapanya bernazar untuk memberikan sesuatu kepada TUHAN, ataupun berjanji tidak akan melakukan sesuatu perkara,
4. dia mesti memenuhi segala nazar atau janjinya itu, kecuali bapanya melarang dia apabila bapanya mendengar perkara itu.
5. Tetapi jika bapa gadis itu mendengar perkara itu, dan tidak menyetujuinya, maka gadis itu tidak lagi diwajibkan untuk memenuhi nazarnya. TUHAN akan mengampuni dia kerana bapanya tidak membenarkan dia memenuhi nazarnya.
8. Tetapi jika suaminya mendengar perkara itu dan tidak menyetujuinya, perempuan itu tidak lagi diwajibkan untuk memenuhi nazarnya. TUHAN akan mengampuni dia.
9. Apabila seorang balu atau seorang perempuan yang sudah bercerai membuat nazar ataupun berjanji tidak akan melakukan sesuatu perkara, dia terikat kepada nazar atau janjinya itu, dan dia mesti memenuhinya.
10. Jika seorang perempuan yang sudah berkahwin bernazar ataupun berjanji tidak akan melakukan sesuatu perkara,
11. dia mesti memenuhi segala nazar atau janjinya itu, jika suaminya tidak melarang dia ketika mendengar tentang perkara itu.