Bilangan 30:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Musa memberikan peraturan berikut kepada para pemimpin suku-suku Israel.

2. Apabila seorang lelaki bernazar untuk memberikan sesuatu kepada TUHAN ataupun bersumpah tidak akan melakukan sesuatu perkara, dia tidak boleh memungkiri janjinya. Dia harus melakukan segala yang dikatakannya.

3. Apabila seorang gadis yang masih tinggal dengan bapanya bernazar untuk memberikan sesuatu kepada TUHAN, ataupun berjanji tidak akan melakukan sesuatu perkara,

4. dia mesti memenuhi segala nazar atau janjinya itu, kecuali bapanya melarang dia apabila bapanya mendengar perkara itu.

5. Tetapi jika bapa gadis itu mendengar perkara itu, dan tidak menyetujuinya, maka gadis itu tidak lagi diwajibkan untuk memenuhi nazarnya. TUHAN akan mengampuni dia kerana bapanya tidak membenarkan dia memenuhi nazarnya.

Bilangan 30