Bilangan 27:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Zelafehad mempunyai lima orang anak perempuan: Mahla, Noa, Hogla, Milka, dan Tirza. Bapa Zelafehad ialah Hefer, bapa Hefer ialah Gilead, bapa Gilead ialah Makhir, bapa Makhir ialah Manasye, bapa Manasye ialah Yusuf.

2. Kelima-lima orang anak Zelafehad itu pergi menghadap Musa, Imam Eleazar, para pemimpin Israel, dan segenap umat yang berkumpul dekat pintu Khemah TUHAN. Mereka berkata,

3. “Bapa kami meninggal di padang gurun tanpa mempunyai anak lelaki. Dia bukan pengikut Korah yang memberontak terhadap TUHAN. Bapa kami meninggal kerana dosanya sendiri.

4. Tetapi mengapakah namanya lenyap daripada umat Israel hanya kerana dia tidak mempunyai anak lelaki? Berilah kami bahagian tanah bersama dengan sanak saudara bapa kami.”

5. Musa menyampaikan perkara mereka itu kepada TUHAN,

Bilangan 27