63. Semua puak itu didaftarkan oleh Musa dan Eleazar ketika mereka membanci umat Israel di dataran Moab, di seberang Sungai Yordan, bertentangan dengan kota Yerikho.
64. Antara mereka yang didaftarkan oleh Musa di Gurun Sinai, tidak seorang pun yang masih hidup.
65. TUHAN berfirman bahawa mereka semua akan mati di padang gurun. Mereka semua telah meninggal, kecuali Kaleb anak Yefune dan Yosua anak Nun.