2. “Kamu harus membanci semua orang Israel menurut keluarga masing-masing. Semua orang lelaki yang berumur dua puluh tahun ke atas dan yang layak menjadi askar harus dibanci.”
5. Suku Ruben, anak sulung Yakub: puak Henokh, Palu,
6. Hezron, dan Karmi.
7. Kaum lelaki dalam puak-puak itu berjumlah 43,730 orang.
8. Anak Palu ialah Eliab,
9. dan anak-anak Eliab ialah Nemuel, Datan, dan Abiram. Datan dan Abiram telah dipilih oleh puak itu sebagai pemimpin masyarakat, tetapi mereka menentang Musa dan Harun. Datan dan Abiram berpihak kepada pengikut-pengikut Korah ketika mereka memberontak terhadap TUHAN.
19-20. Suku Yehuda: puak Syela, Peres, Zerah,
21. Hezron, dan Hamul. Dua orang anak lelaki Yehuda, iaitu Er dan Onan, sudah meninggal di Kanaan.
22. Orang lelaki dalam puak-puak ini berjumlah 76,500 orang.
23. Suku Isakhar: puak Tola, Pua,
24. Yasub, dan Simron.
25. Orang lelaki dalam puak-puak ini berjumlah 64,300 orang.
26. Suku Zebulon: puak Sered, Elon, dan Yahleel.
27. Orang lelaki dalam puak-puak ini berjumlah 60,500 orang.
28. Keturunan Yusuf; dia mempunyai dua orang anak lelaki, Manasye dan Efraim.