1. Selepas wabak itu berhenti, TUHAN berfirman kepada Musa dan Eleazar anak Harun,
2. “Kamu harus membanci semua orang Israel menurut keluarga masing-masing. Semua orang lelaki yang berumur dua puluh tahun ke atas dan yang layak menjadi askar harus dibanci.”
5. Suku Ruben, anak sulung Yakub: puak Henokh, Palu,
6. Hezron, dan Karmi.
7. Kaum lelaki dalam puak-puak itu berjumlah 43,730 orang.
8. Anak Palu ialah Eliab,
9. dan anak-anak Eliab ialah Nemuel, Datan, dan Abiram. Datan dan Abiram telah dipilih oleh puak itu sebagai pemimpin masyarakat, tetapi mereka menentang Musa dan Harun. Datan dan Abiram berpihak kepada pengikut-pengikut Korah ketika mereka memberontak terhadap TUHAN.
10. Pada masa itu tanah terbelah dan menelan mereka. Mereka mati bersama-sama Korah dan pengikut-pengikutnya, ketika api membinasakan 250 orang lelaki, dan peristiwa itu menjadi amaran kepada umat Israel.
11. Namun anak-anak lelaki Korah tidak terbunuh.
12. Suku Simeon: puak Nemuel, Yamin, Yakhin,
13. Zerah, dan Saul.
14. Orang lelaki dalam puak-puak ini berjumlah 22,200 orang.