Bilangan 25:1-10 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Semasa umat Israel berkhemah di Lembah Sitim, kaum lelaki mereka mula bersetubuh dengan perempuan Moab yang tinggal di sana.

2. Perempuan-perempuan itu mengajak mereka ke pesta-pesta korban untuk menghormati tuhan mereka. Orang Israel juga makan daging daripada korban itu dan menyembah

3. tuhan orang Moab. Oleh sebab mereka menyembah Baal di Peor, TUHAN murka terhadap mereka

4. dan berfirman kepada Musa, “Tangkaplah semua pemimpin umat dan bunuhlah mereka pada siang hari, menurut perintah-Ku, supaya Aku tidak lagi murka kepada umat ini.”

5. Musa berkata kepada para hakim umat itu, “Kamu masing-masing mesti membunuh tiap-tiap orang daripada suku kamu yang sudah menyembah Baal di Peor.”

6. Ketika Musa dan segenap umat sedang meratap di pintu Khemah TUHAN, mereka melihat seorang Israel membawa seorang perempuan Midian masuk ke dalam khemahnya.

7. Apabila Pinehas anak Eleazar, iaitu cucu Imam Harun, nampak hal itu, dia bangun dan meninggalkan perhimpunan. Dia mengambil sebatang tombak,

8. lalu menyusul lelaki dan perempuan itu ke dalam khemah; dia menikam kedua-duanya dengan tombak. Dengan demikian wabak yang sedang membinasakan orang Israel berhenti.

9. Namun orang yang mati sudah berjumlah 24,000 orang.

10. TUHAN berfirman kepada Musa,

Bilangan 25