Bilangan 24:9-25 Alkitab Berita Baik (BM)

9. Bangsa Israel bagaikan singa perkasa yang sedang berehat,apabila tidur, tidak seorang pun berani membangunkannya.Sesiapa yang memberkati Israel akan diberkati,dan sesiapa yang mengutuk Israel akan dikutuk.”

10. Dengan sangat murka, Raja Balak menggenggam penumbuk lalu bertitah kepada Bileam, “Beta menyuruh kamu mengutuk musuh beta, tetapi kamu memberkati mereka pula sampai tiga kali.

11. Sekarang pulanglah! Walaupun beta berjanji mengupah kamu, tetapi TUHAN tidak membenarkan kamu menerima upah.”

12. Bileam menjawab, “Hamba sudah memberitahu para utusan tuanku bahawa

13. walaupun tuanku memberi hamba segala perak dan emas di istana tuanku, hamba tidak dapat melawan perintah TUHAN dengan melakukan kehendak hamba sendiri. Hamba hanya mengucapkan apa yang disuruh oleh TUHAN.”

14. Bileam berkata kepada Raja Balak, “Sekarang hamba hendak pulang kepada bangsa hamba. Tetapi sebelum hamba pergi, biarlah hamba memberitahu tuanku apa yang akan dilakukan umat Israel terhadap bangsa tuanku pada kemudian hari.”

15. Kemudian Bileam mengucapkan nubuat ini,“Inilah perkhabaran Bileam anak Beor,ucapan seorang yang melihat dengan jelas,

16. seorang yang mendengar firman Allah,dan menerima pengetahuan daripada Yang Maha Tinggi;seorang yang nampak penglihatan daripada Allah Yang Maha Kuasasambil rebah, namun dengan mata terbuka.

17. Aku melihat masa hadapan, aku nampak bangsa Israel.Daripada bangsa itu, seorang raja datang,raja itu seperti bintang cemerlang, yang muncul daripada Israel.Dia akan membinasakan para pemimpin Moab,dan menghancurkan semua orang Set.

18. Dia akan menaklukkan musuhnya di Edom,lalu menjadikan tanah mereka miliknya,dan Israel akan terus menjadi pemenang.

19. Bangsa Israel akan menginjak-injak mereka,dan membinasakan semua musuh yang masih hidup.”

20. Kemudian Bileam nampak orang Amalek dalam penglihatannya, lalu dia mengucapkan nubuat ini,“Amalek ialah bangsa yang terkuat antara semua bangsa,tetapi akhirnya bangsa itu akan binasa selama-lamanya.”

21. Dalam penglihatan itu Bileam nampak juga orang Keni, lalu dia mengucapkan nubuat ini,“Tempat kediamanmu sungguh kukuh,selamat seperti sarang burung di atas bukit batu,

22. tetapi orang Keni akan binasa, apabila kamu ditawan oleh Asyur.”

23. Kemudian Bileam mengucapkan nubuat ini,“Siapakah orang yang berkumpul di utara itu?

24. Penyerbu-penyerbu akan datang dari Sipruslalu menawan Asyur dan Heber.Tetapi akhirnya mereka pun akan binasa selama-lamanya.”

25. Kemudian Bileam bersiap-siap untuk pulang ke tempat tinggalnya, dan Raja Balak pun berangkat.

Bilangan 24