10. Dengan sangat murka, Raja Balak menggenggam penumbuk lalu bertitah kepada Bileam, “Beta menyuruh kamu mengutuk musuh beta, tetapi kamu memberkati mereka pula sampai tiga kali.
11. Sekarang pulanglah! Walaupun beta berjanji mengupah kamu, tetapi TUHAN tidak membenarkan kamu menerima upah.”
12. Bileam menjawab, “Hamba sudah memberitahu para utusan tuanku bahawa
13. walaupun tuanku memberi hamba segala perak dan emas di istana tuanku, hamba tidak dapat melawan perintah TUHAN dengan melakukan kehendak hamba sendiri. Hamba hanya mengucapkan apa yang disuruh oleh TUHAN.”