17. Apabila Bileam kembali, dia mendapati Raja Balak masih berdiri bersama dengan para pemimpin Moab, di samping korban-korban yang dipersembahkannya. Raja Balak bertanyakan firman TUHAN,
18. lalu Bileam mengucapkan nubuat ini,“Hai Raja Balak anak Zipor, dengarlah kata hamba.
19. Allah bukan manusia, Dia tidak berdusta;Allah bukan insan, Dia tidak mengubah fikiran.Apa yang dijanjikan-Nya akan dipenuhi-Nya;apa yang difirmankan-Nya pasti dilakukan-Nya.
20. Aku disuruh memberkati;apabila Allah memberkati,aku tidak dapat membatalkannya.
21. Tidak ada kesukaran pada masa depan Israel,tidak ada kesusahan pada masa depan mereka.TUHAN, Allah mereka menyertai mereka;Israel mengakui Dia sebagai raja.
22. Allah sudah memimpin mereka keluar dari Mesir,Allah berperang bagi mereka seperti lembu liar.
23. Tiada mantera ataupun ilmu sihiryang dapat menentang Israel.Orang akan berkata tentang Israel, ‘Lihatlah perbuatan Allah bagi mereka!’
24. Bangsa Israel bagaikan singa yang perkasa,yang tidak akan diam sehingga mangsa diterkamnya,dan darah mangsa itu diminumnya.”
25. Kemudian Raja Balak bertitah kepada Bileam, “Sudahlah, jika kamu tidak mahu mengutuk umat Israel, setidak-tidaknya jangan berkati mereka!”
26. Bileam menjawab, “Bukankah hamba sudah memberitahu tuanku bahawa hamba mesti melakukan apa yang diperintahkan TUHAN?”
27. Raja Balak bertitah, “Marilah kita pergi ke tempat lain. Mungkin di sana, Allah akan membenarkan kamu mengutuk umat Israel bagi beta.”
28. Oleh itu Raja Balak membawa Bileam ke puncak Gunung Peor yang menghadap padang gurun.
29. Bileam berkata kepada Raja Balak, “Binalah tujuh buah mazbah bagi hamba di sini, lalu bawalah tujuh ekor lembu jantan dan tujuh ekor domba jantan.”
30. Raja Balak mengabulkan permintaan Bileam, lalu mempersembahkan seekor lembu jantan dan seekor domba jantan di atas tiap-tiap mazbah.