14. Apabila seseorang mati di dalam sebuah khemah, sesiapa sahaja yang berada di dalam khemah itu, atau sesiapa sahaja yang masuk ke dalamnya akan menjadi najis selama tujuh hari.
15. Semua kendi dan periuk yang tidak bertudung di dalam khemah itu menjadi najis.
16. Setiap orang yang menyentuh mayat orang yang mati dibunuh, atau yang mati biasa di luar rumah, menjadi najis selama tujuh hari. Begitu juga orang yang menyentuh kubur atau tulang orang mati.