4-5. Sesiapa yang mempersembahkan domba atau kambing sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN, harus mempersembahkan juga satu kilogram tepung terbaik bercampur satu liter minyak zaitun sebagai korban untuk mengucap syukur, bersama dengan satu liter wain, untuk disertakan dengan setiap binatang yang dipersembahkan.
29. Peraturan yang sama berlaku bagi semua orang yang berdosa dengan tidak sengaja, baik orang Israel mahupun orang asing yang tinggal di kalangan mereka.
30. Tetapi sesiapa sahaja, baik orang Israel atau orang asing yang dengan sengaja berbuat dosa, orang itu menghina TUHAN. Orang itu mesti dihukum mati,
31. kerana dia membantah firman TUHAN dan dengan sengaja melanggar salah satu perintah-Nya. Orang itu mati kerana kesalahannya sendiri.
32. Pada suatu hari, ketika umat Israel masih di padang gurun, seorang lelaki kedapatan mengumpulkan kayu api pada hari Sabat.
33. Orang itu dibawa menghadap Musa, Harun, dan segenap umat,
34. lalu orang itu ditahan kerana belum jelas apa yang hendak dilakukan kepadanya.
35. Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “Orang itu mesti dihukum mati. Dia harus dibawa ke luar perkhemahan dan di sana segenap umat harus merejam dia sampai mati.”
36. Oleh itu segenap umat membawa dia ke luar perkhemahan, lalu merejam dia sampai mati, sebagaimana yang diperintahkan TUHAN.
37. TUHAN memerintahkan Musa
38. supaya memberitahu umat Israel, “Buatlah rumbai-rumbai pada hujung pakaian kamu, dan ikatkan tali biru pada setiap rumbai. Kamu harus melakukan hal ini sepanjang masa.
39. Rumbai-rumbai itu akan menjadi peringatan, supaya tiap-tiap kali kamu melihatnya, kamu ingat akan segala perintah-Ku dan mentaatinya. Oleh itu kamu tidak akan meninggalkan Aku untuk menurut kehendak dan keinginan kamu sendiri.
40. Rumbai-rumbai itu akan mengingatkan kamu untuk mentaati segala perintah-Ku, sehingga kamu akan menjadi milik-Ku sepenuhnya.
41. Akulah TUHAN, Allah kamu; Aku membawa kamu keluar dari Mesir supaya Aku menjadi Allah kamu. Akulah TUHAN.”