Bilangan 15:26-37 Alkitab Berita Baik (BM)

26. Segenap umat Israel dan orang asing yang tinggal di kalangan mereka akan diampuni, kerana mereka semua terlibat dalam kesalahan yang tidak disengaja itu.

27. Apabila seorang sahaja yang berdosa dengan tidak sengaja, dia harus mempersembahkan seekor kambing betina yang berumur satu tahun sebagai korban untuk mengampunkan dosa.

28. Imam harus melakukan upacara penyucian di mazbah supaya orang itu disucikan daripada dosanya dan dia akan diampuni.

29. Peraturan yang sama berlaku bagi semua orang yang berdosa dengan tidak sengaja, baik orang Israel mahupun orang asing yang tinggal di kalangan mereka.

30. Tetapi sesiapa sahaja, baik orang Israel atau orang asing yang dengan sengaja berbuat dosa, orang itu menghina TUHAN. Orang itu mesti dihukum mati,

31. kerana dia membantah firman TUHAN dan dengan sengaja melanggar salah satu perintah-Nya. Orang itu mati kerana kesalahannya sendiri.

32. Pada suatu hari, ketika umat Israel masih di padang gurun, seorang lelaki kedapatan mengumpulkan kayu api pada hari Sabat.

33. Orang itu dibawa menghadap Musa, Harun, dan segenap umat,

34. lalu orang itu ditahan kerana belum jelas apa yang hendak dilakukan kepadanya.

35. Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “Orang itu mesti dihukum mati. Dia harus dibawa ke luar perkhemahan dan di sana segenap umat harus merejam dia sampai mati.”

36. Oleh itu segenap umat membawa dia ke luar perkhemahan, lalu merejam dia sampai mati, sebagaimana yang diperintahkan TUHAN.

37. TUHAN memerintahkan Musa

Bilangan 15