Bilangan 15:16-29 Alkitab Berita Baik (BM)

16. hukum dan peraturan yang sama berlaku bagi kamu dan mereka.

17. TUHAN memberi Musa

18. peraturan-peraturan berikut untuk dipatuhi oleh umat Israel di tanah yang akan diberikan TUHAN kepada mereka.

19. Apabila kamu makan makanan yang dihasilkan tanah itu, kamu mesti mengasingkan sebahagian makanan itu sebagai pemberian khas kepada TUHAN.

20. Daripada gandum yang mula-mula dituai, bakarlah roti daripada adunan pertama gandum itu; sebuku roti harus dipersembahkan sebagai pemberian khas kepada TUHAN. Cara mempersembahkannya sama dengan cara mempersembahkan pemberian khas daripada gandum yang mula-mula kamu irik.

21. Untuk sepanjang masa, roti daripada adunan pertama itu harus diberikan sebagai pemberian khas kepada TUHAN.

22. Jika seseorang dengan tidak sengaja gagal mematuhi salah satu peraturan yang sudah diberikan TUHAN kepada Musa,

23. atau jika pada masa akan datang umat ini gagal melakukan semua yang diperintahkan TUHAN melalui Musa,

24. dan jika kesalahan itu dibuat kerana umat tidak mengetahui peraturan, maka mereka harus mempersembahkan seekor lembu jantan sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN, yang bau asapnya menyenangkan hati-Nya. Bersama dengan korban itu mereka juga harus mempersembahkan korban untuk mengucap syukur dan korban wain seperti yang ditetapkan. Selain itu, mereka harus mempersembahkan seekor domba jantan sebagai korban untuk mengampunkan dosa.

25. Imam akan melakukan upacara penyucian bagi umat. Dengan demikian mereka akan diampuni kerana kesalahan itu dibuat dengan tidak sengaja, dan korban untuk mengampunkan dosa sebagai persembahan makanan telah dipersembahkan kepada TUHAN.

26. Segenap umat Israel dan orang asing yang tinggal di kalangan mereka akan diampuni, kerana mereka semua terlibat dalam kesalahan yang tidak disengaja itu.

27. Apabila seorang sahaja yang berdosa dengan tidak sengaja, dia harus mempersembahkan seekor kambing betina yang berumur satu tahun sebagai korban untuk mengampunkan dosa.

28. Imam harus melakukan upacara penyucian di mazbah supaya orang itu disucikan daripada dosanya dan dia akan diampuni.

29. Peraturan yang sama berlaku bagi semua orang yang berdosa dengan tidak sengaja, baik orang Israel mahupun orang asing yang tinggal di kalangan mereka.

Bilangan 15