Bilangan 14:36-37-45 Alkitab Berita Baik (BM)

4. Oleh itu mereka bercakap kepada satu sama lain, “Marilah kita pilih seorang pemimpin, lalu balik ke Mesir!”

5. Kemudian Musa dan Harun bersujud di hadapan semua orang itu.

6. Yosua anak Nun dan Kaleb anak Yefune, dua orang antara pengintip itu, mengoyakkan pakaian mereka sebagai tanda bersedih.

7. Mereka berkata kepada umat itu, “Tanah yang kami jelajahi itu sangat baik.

8. Jika TUHAN berkenan kepada kita, Dia akan membawa kita ke sana dan memberi kita tanah yang kaya dan subur itu.

9. Janganlah berontak terhadap TUHAN, dan janganlah takut kepada penduduk tanah itu. Kita akan mengalahkan mereka dengan mudah. TUHAN menyertai kita, dan Dia sudah mengalahkan pelindung mereka; oleh itu janganlah takut.”

36-37. Orang yang diutus oleh Musa untuk menjelajahi tanah itu memberikan laporan yang tidak benar, dan hal itu menyebabkan umat Israel bersungut terhadap TUHAN. Oleh itu TUHAN menghukum mereka dengan penyakit, lalu mereka meninggal.

38. Hanya Yosua dan Kaleb yang masih hidup di kalangan dua belas orang pengintip itu.

39. Setelah Musa menyampaikan firman TUHAN itu kepada umat Israel, mereka meratap dengan pilu.

40. Keesokan harinya, awal pagi, mereka bersiap-siap untuk menyerang daerah berbukit. Mereka berkata, “Kami mengaku telah berbuat dosa. Tetapi sekarang kami sudah bersiap untuk pergi ke tempat yang ditunjukkan TUHAN.”

41. Tetapi Musa menjawab, “Mengapakah kamu melawan perintah TUHAN sekarang? Kamu tidak akan berjaya!

42. Jangan pergi, kerana TUHAN tidak menyertai kamu. Kamu akan dikalahkan oleh musuh.

43. Apabila kamu menghadapi orang Amalek dan orang Kanaan, kamu akan mati dalam pertempuran. TUHAN tidak akan menyertai kamu kerana kamu tidak mahu taat kepada-Nya.”

44. Tetapi orang Israel masih juga nekad pergi ke daerah berbukit, walaupun Tabut Perjanjian TUHAN dan Musa tidak meninggalkan perkhemahan.

45. Kemudian orang Amalek dan orang Kanaan yang tinggal di situ menyerang mereka lalu mengalahkan mereka, dan mengejar mereka sampai ke Horma.

Bilangan 14