23. Mereka tidak sekali-kali akan pergi ke tanah yang Aku janjikan kepada nenek moyang mereka. Tidak seorang pun yang melawan Aku akan pergi ke sana.
24. Tetapi sikap Kaleb, hamba-Ku itu lain; dia tetap setia kepada-Ku. Oleh itu Aku akan membawa dia ke tanah yang dijelajahinya. Keturunannya akan memiliki tanah
25. yang kawasan lembahnya diduduki oleh orang Amalek dan orang Kanaan pada masa ini. Esok kamu harus berpatah balik dan pergi ke padang gurun ke arah Teluk Akaba.”
26. TUHAN berfirman kepada Musa dan Harun,
27. “Sampai bilakah umat yang jahat ini bersungut terhadap Aku? Aku sudah mendengar semua sungutan mereka!
28. Sekarang berilah mereka jawapan begini, ‘Aku bersumpah demi Aku yang hidup, bahawa Aku akan melakukan tepat seperti yang kamu minta. Aku, TUHAN, sudah berfirman.
29. Kamu akan mati dan mayat kamu akan berselerak di seluruh padang gurun ini. Oleh sebab kamu bersungut terhadap Aku, tiada seorang pun di kalangan kamu yang berumur dua puluh tahun ke atas akan pergi ke tanah itu.
30. Aku sudah berjanji membenarkan kamu tinggal di tanah itu, tetapi tidak seorang pun antara kamu akan tinggal di situ kecuali Kaleb dan Yosua.
31. Kamu berkata bahawa anak-anak kamu akan ditawan, tetapi merekalah yang akan Kubawa ke tanah yang kamu tolak. Tanah itu akan menjadi tempat tinggal mereka,