Bilangan 14:17-22 Alkitab Berita Baik (BM)

17. Oleh itu, ya TUHAN, sekarang aku mohon, tunjukkanlah kuasa-Mu dan lakukanlah apa yang Engkau janjikan ketika Engkau berfirman,

18. ‘Aku, TUHAN, tidak cepat murka. Aku menunjukkan kasih dan kesetiaan-Ku yang besar. Aku mengampuni orang yang berdosa dan yang melawan Aku. Biarpun begitu, dosa ibu bapa akan Kubalaskan kepada anak cucu mereka, sampai kepada generasi yang ketiga dan keempat.’

19. Oleh itu ya TUHAN, ampunkanlah dosa umat ini, kerana kasih-Mu besar dan tidak berubah, sebagaimana Engkau telah mengampuni mereka sejak mereka meninggalkan Mesir.”

20. TUHAN menjawab, “Aku akan mengampuni mereka menurut permintaanmu.

21. Tetapi Aku berjanji demi diri-Ku dan demi Aku yang hidup dan berkuasa di bumi ini,

22. bahawa tiada seorang pun antara umat ini akan pergi ke tanah itu. Mereka sudah nampak cahaya hadirat-Ku dan mukjizat yang Aku lakukan di Mesir dan di padang gurun, namun mereka terus-menerus mencubai Aku, dan tidak mahu mentaati Aku.

Bilangan 14