11. TUHAN berfirman kepada Musa, “Berapa lama lagi umat ini melawan Aku? Sampai bilakah mereka tidak mahu percaya kepada-Ku, walaupun Aku sudah mengadakan begitu banyak mukjizat di kalangan mereka?
12. Aku akan mendatangkan wabak dan membinasakan mereka, tetapi Aku akan menjadikan engkau bapa suatu bangsa yang lebih besar dan lebih kuat daripada mereka!”
13. Tetapi Musa berkata kepada TUHAN, “Ya TUHAN, Engkaulah yang sudah membawa umat ini keluar dari Mesir dengan kuasa-Mu. Apabila orang Mesir mendengar apa yang Engkau lakukan kepada umat-Mu,
14. mereka akan memberitahukan hal itu kepada penduduk tanah ini, sedangkan mereka sudah mendengar bahawa Engkau, TUHAN, menyertai kami. Mereka sudah mendengar bahawa Engkau menampakkan diri apabila awan-Mu berhenti di atas kami, dan bahawa Engkau berjalan di hadapan kami dalam tiang awan pada siang hari, dan dalam tiang api pada malam hari.
15. Jika Engkau membunuh segenap umat-Mu sekarang, bangsa-bangsa yang pernah mendengar tentang kemasyhuran-Mu akan berkata
16. bahawa Engkau membunuh umat-Mu di padang gurun kerana Engkau tidak sanggup membawa mereka ke tanah yang sudah Engkau janjikan kepada mereka.
17. Oleh itu, ya TUHAN, sekarang aku mohon, tunjukkanlah kuasa-Mu dan lakukanlah apa yang Engkau janjikan ketika Engkau berfirman,
18. ‘Aku, TUHAN, tidak cepat murka. Aku menunjukkan kasih dan kesetiaan-Ku yang besar. Aku mengampuni orang yang berdosa dan yang melawan Aku. Biarpun begitu, dosa ibu bapa akan Kubalaskan kepada anak cucu mereka, sampai kepada generasi yang ketiga dan keempat.’
19. Oleh itu ya TUHAN, ampunkanlah dosa umat ini, kerana kasih-Mu besar dan tidak berubah, sebagaimana Engkau telah mengampuni mereka sejak mereka meninggalkan Mesir.”
20. TUHAN menjawab, “Aku akan mengampuni mereka menurut permintaanmu.
21. Tetapi Aku berjanji demi diri-Ku dan demi Aku yang hidup dan berkuasa di bumi ini,
22. bahawa tiada seorang pun antara umat ini akan pergi ke tanah itu. Mereka sudah nampak cahaya hadirat-Ku dan mukjizat yang Aku lakukan di Mesir dan di padang gurun, namun mereka terus-menerus mencubai Aku, dan tidak mahu mentaati Aku.
23. Mereka tidak sekali-kali akan pergi ke tanah yang Aku janjikan kepada nenek moyang mereka. Tidak seorang pun yang melawan Aku akan pergi ke sana.
24. Tetapi sikap Kaleb, hamba-Ku itu lain; dia tetap setia kepada-Ku. Oleh itu Aku akan membawa dia ke tanah yang dijelajahinya. Keturunannya akan memiliki tanah
25. yang kawasan lembahnya diduduki oleh orang Amalek dan orang Kanaan pada masa ini. Esok kamu harus berpatah balik dan pergi ke padang gurun ke arah Teluk Akaba.”
26. TUHAN berfirman kepada Musa dan Harun,