1. Sepanjang malam orang Israel menangis kerana cemas.
2. Mereka bersungut kepada Musa dan Harun, serta berkata, “Lebih baik kami mati di Mesir atau di padang gurun ini!
3. Mengapakah TUHAN hendak membawa kami ke tanah itu? Kami akan mati dalam peperangan, dan anak isteri kami akan ditawan. Tidakkah lebih baik kami balik ke Mesir?”
4. Oleh itu mereka bercakap kepada satu sama lain, “Marilah kita pilih seorang pemimpin, lalu balik ke Mesir!”
5. Kemudian Musa dan Harun bersujud di hadapan semua orang itu.
6. Yosua anak Nun dan Kaleb anak Yefune, dua orang antara pengintip itu, mengoyakkan pakaian mereka sebagai tanda bersedih.
7. Mereka berkata kepada umat itu, “Tanah yang kami jelajahi itu sangat baik.
8. Jika TUHAN berkenan kepada kita, Dia akan membawa kita ke sana dan memberi kita tanah yang kaya dan subur itu.
9. Janganlah berontak terhadap TUHAN, dan janganlah takut kepada penduduk tanah itu. Kita akan mengalahkan mereka dengan mudah. TUHAN menyertai kita, dan Dia sudah mengalahkan pelindung mereka; oleh itu janganlah takut.”
10. Segenap umat Israel mengancam untuk merejam Yosua dan Kaleb sampai mati, tetapi tiba-tiba umat itu nampak cahaya hadirat TUHAN muncul di atas Khemah-Nya.
11. TUHAN berfirman kepada Musa, “Berapa lama lagi umat ini melawan Aku? Sampai bilakah mereka tidak mahu percaya kepada-Ku, walaupun Aku sudah mengadakan begitu banyak mukjizat di kalangan mereka?
12. Aku akan mendatangkan wabak dan membinasakan mereka, tetapi Aku akan menjadikan engkau bapa suatu bangsa yang lebih besar dan lebih kuat daripada mereka!”
13. Tetapi Musa berkata kepada TUHAN, “Ya TUHAN, Engkaulah yang sudah membawa umat ini keluar dari Mesir dengan kuasa-Mu. Apabila orang Mesir mendengar apa yang Engkau lakukan kepada umat-Mu,