1. Musa telah berkahwin dengan seorang perempuan Kus. Oleh itu Miryam dan Harun menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk mencela Musa.
2. Mereka berkata, “Adakah TUHAN berfirman melalui Musa sahaja? Tidakkah TUHAN berfirman melalui kita juga?” TUHAN mendengar kata-kata mereka itu.
3. Musa seorang yang rendah hati, lebih rendah hati daripada sesiapa pun di bumi.
4. Tiba-tiba TUHAN berfirman kepada Musa, Harun, dan Miryam, “Aku mahu kamu bertiga pergi ke Khemah-Ku.” Mereka pun pergi,
5. lalu TUHAN turun di dalam tiang awan dan berdiri di pintu Khemah TUHAN, serta berseru, “Harun! Miryam!” Kedua-dua mereka maju,