Bilangan 11:2-17 Alkitab Berita Baik (BM)

2. Orang Israel berseru minta tolong kepada Musa, maka dia berdoa kepada TUHAN, lalu api itu padam.

3. Itulah sebabnya tempat itu dinamakan Tabera, kerana di situ api TUHAN merebak di tengah-tengah mereka.

4. Dalam perjalanan umat Israel, ada juga sebilangan orang asing di kalangan mereka. Orang asing itu ingin sekali makan daging, dan umat Israel pun mula bersungut, “Alangkah baiknya jika kita dapat makan daging.

5. Di Mesir, kita dapat makan ikan sebanyak yang kita mahu tanpa membayar apa-apa. Kita masih ingat akan timun, tembikai, bawang kucai, bawang merah, dan bawang putih di sana.

6. Tetapi sekarang kita kehabisan tenaga kerana tidak ada makanan lain kecuali manna tiap-tiap hari.”

7. Manna itu bentuknya seperti biji-biji kecil, berwarna putih kekuning-kuningan.

10. Musa mendengar semua orang itu bersungut, ketika mereka berdiri berkelompok-kelompok di depan pintu khemah mereka. Musa gelisah kerana TUHAN murka terhadap mereka.

11. Musa berkata kepada TUHAN, “Mengapakah Engkau tidak memperlakukan aku dengan baik? Mengapakah Engkau tidak suka kepadaku? Mengapakah Engkau menyerahkan tanggungjawab atas semua orang ini kepadaku?

12. Mereka tidak kukandung dan tidak kulahirkan. Mengapakah Engkau menyuruh aku mengasuh dan mendukung mereka seperti bayi, sepanjang perjalanan ke tanah yang Engkau janjikan kepada nenek moyang mereka?

13. Di manakah harus aku cari daging yang cukup untuk semua orang itu? Lihatlah, mereka terus-menerus merungut dan meminta daging.

14. Aku tidak sanggup memikul tanggungjawab atas semua orang itu; tanggungjawab ini terlalu berat bagiku!

15. Jika Engkau memperlakukan aku begini, kasihanilah aku; bunuhlah aku dengan segera supaya aku tidak lagi menanggung penderitaan ini.”

16. TUHAN berfirman kepada Musa, “Kumpulkanlah tujuh puluh orang lelaki yang dihormati dan yang diakui sebagai pemimpin orang Israel. Bawalah mereka menghadap Aku di Khemah-Ku, dan suruhlah mereka berdiri di situ, di sampingmu.

17. Aku akan turun dan berfirman kepadamu di tempat itu, dan mereka akan Kuberikan sebahagian daripada kuasa yang sudah Kuberikan kepadamu. Dengan demikian, mereka akan dapat membantu engkau memikul tanggungjawab atas umat ini, dan engkau tidak lagi memikulnya sendirian.

Bilangan 11