Bilangan 10:19-33 Alkitab Berita Baik (BM)

19. Selumiel anak Zurisyadai memimpin suku Simeon

20. dan Elyasaf anak Rehuel memimpin suku Gad.

21. Lalu puak Kehat yang memikul benda-benda suci berangkat. Apabila mereka sampai di tempat perkhemahan yang baru, Khemah TUHAN sudah dipasang.

22. Kemudian orang yang di bawah panji kumpulan yang dipimpin oleh suku Efraim berangkat, kelompok demi kelompok. Elisama anak Amihud memimpin mereka.

23. Gamaliel anak Pedazur memimpin suku Manasye

24. dan Abidan anak Gideoni memimpin suku Benyamin.

25. Akhirnya, orang yang di bawah panji kumpulan yang dipimpin oleh suku Dan berangkat, kelompok demi kelompok. Ahiezer anak Amisyadai memimpin mereka. Mereka menjadi pengawal barisan belakang bagi semua kumpulan itu.

26. Pagiel anak Okhran memimpin suku Asyer

27. dan Ahira anak Enan memimpin suku Naftali.

28. Itulah susunan perbarisan orang Israel apabila mereka berangkat, kelompok demi kelompok.

29. Musa berkata kepada iparnya, Hobab anak Yitro, orang Midian itu, “Kami akan berangkat ke tempat yang dimaksudkan TUHAN ketika Dia berfirman untuk memberikannya kepada kami. Dia sudah menjanjikan hal yang baik kepada Israel. Oleh itu ikutlah kami dan kami akan berbuat baik kepadamu.”

30. Hobab menjawab, “Tidak, aku mahu balik ke tanah airku.”

31. Musa berkata, “Janganlah tinggalkan kami. Engkau boleh menjadi penunjuk jalan bagi kami kerana engkau tahu tempat kita dapat berkhemah di padang gurun.

32. Jika engkau ikut, maka segala yang baik yang dilakukan TUHAN bagi kami akan kami lakukan juga bagimu.”

33. Apabila umat Israel meninggalkan Sinai, gunung suci itu, mereka berjalan selama tiga hari. Tabut Perjanjian TUHAN sentiasa dibawa mendahului mereka untuk mencari tempat berkhemah bagi mereka.

Bilangan 10