1. Pada hari pertama bulan kedua, dalam tahun kedua selepas umat Israel meninggalkan Mesir, TUHAN berfirman kepada Musa di dalam Khemah TUHAN di Gurun Sinai. Dia berfirman,
2. “Engkau dan Harun harus membanci orang Israel menurut puak dan keluarga. Buatlah senarai nama semua orang lelaki
3. yang berumur dua puluh tahun ke atas, yang layak menjadi askar.
4. Mintalah seorang penghulu puak daripada tiap-tiap suku untuk menolong kamu.”