Ayub 9:5-23 Alkitab Berita Baik (BM)

5. Dia memindahkan gunung dengan tiba-tiba,dan memusnahkannya ketika murka.

6. Allah menggempakan bumi dan menggegarkan tanah;Dia menggoyangkan tiang penyangga dunia.

7. Allah dapat melarang matahari terbit,dan melarang bintang-bintang bersinar pada waktu malam.

8. Tiada sesiapa yang menolong Allah membentangkan langit,ataupun memijak belakang naga laut.

9. Allah menempatkan bintang-bintang di langit;Biduk, Orion, Kartika, dan bintang-bintang selatan.

10. Kita tidak dapat memahami perbuatan besar Allah,dan mukjizat-Nya tidak terkira.

11. Allah lalu di depanku, tetapi aku tidak nampak Dia.Dia lalu di sampingku, tetapi bagiku tidak nyata.

12. Dia mengambil apa yang dikehendaki-Nya,dan tiada sesiapa pun dapat menahan Dia;tiada sesiapa berani bertanya kepada-Nya,“Engkau sedang buat apa?”

13. Allah tidak menahan kemurkaan-Nya.Dia menghancurkan musuh-Nya,mereka yang menolong Rahab menentang Allah.

14. Oleh itu, bagaimanakah aku dapat membantah Allah,dan mencari perkataan untuk menjawab Dia?

15. Sungguhpun aku tidak bersalah, apa dayakukecuali mohon belas kasihan daripada Allah, pengadilku?

16. Jika Dia mengizinkan aku bercakap,aku tidak percaya Dia akan mendengar aku.

17. Dia meremukkan aku dengan ribut taufan,dan menambah lukaku tanpa alasan.

18. Dia tidak membenarkan aku menarik nafas;Dia memenuhi hidupku dengan kepahitan.

19. Haruskah aku mengadu tenaga dengan Dia?Lihatlah, betapa hebatnya kekuatan-Nya.Dapatkah aku membawa Dia ke mahkamah?Siapakah yang dapat membuat Dia pergi?

20. Aku setia dan tidak bersalah,tetapi kata-kataku kedengarannya salah,setiap kata yang keluar dari mulutkuseolah-olah menyalahkan diriku.

23. Apabila orang yang tidak bersalah, mati dengan tiba-tiba,Allah ketawa sahaja.

Ayub 9