Ayub 9:15-27-28 Alkitab Berita Baik (BM)

15. Sungguhpun aku tidak bersalah, apa dayakukecuali mohon belas kasihan daripada Allah, pengadilku?

16. Jika Dia mengizinkan aku bercakap,aku tidak percaya Dia akan mendengar aku.

17. Dia meremukkan aku dengan ribut taufan,dan menambah lukaku tanpa alasan.

18. Dia tidak membenarkan aku menarik nafas;Dia memenuhi hidupku dengan kepahitan.

19. Haruskah aku mengadu tenaga dengan Dia?Lihatlah, betapa hebatnya kekuatan-Nya.Dapatkah aku membawa Dia ke mahkamah?Siapakah yang dapat membuat Dia pergi?

20. Aku setia dan tidak bersalah,tetapi kata-kataku kedengarannya salah,setiap kata yang keluar dari mulutkuseolah-olah menyalahkan diriku.

21-22. Aku tidak bersalah, tetapi sekarang aku tidak peduli.Aku bosan hidup. Tidak ada yang penting lagi.Sama ada kita benar atau salah,Allah akan membinasakan kita.

23. Apabila orang yang tidak bersalah, mati dengan tiba-tiba,Allah ketawa sahaja.

24. Allah telah memberikan dunia ini kepada orang durjana,dan menjadikan semua hakim buta.Allah yang melakukan semua ini.Kalau bukan Dia, siapa lagi?

25. Hari-hariku berlalu dengan cepat sekali,tetapi tiada satu hari pun yang menyenangkan hati.

26. Seperti perahu laju, hidupku berlalu,secepat helang menyambar mangsanya.

27-28. Jika aku tersenyum dan cuba melupakan derita,segala dukaku kembali memburu aku;aku tahu bahawa Allah menyalahkan aku.

Ayub 9